Busu adalah adik perempuan emak yang paling bongsu, tinggal bersama keluarga kami semasa saya dan Along masih kanak-kanak. Selepas Busu berkahwin, Busu tinggal bersama keluarganya dan nenek di kampung. Jadi setiap kali balik kampung, memang kami akan berjumpa dengan Busu.
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya di sekolah rendah, Busu suka membawa saya dan Along berjalan-jalan ke Bandar Melaka menaiki bas. Kami tunggu bas di tepi jalan tidak jauh dari rumah. Jika bas tiada, kami akan berjalan ke simpang hadapan untuk menahan teksi. Jika Busu tidak bagi kami ikut, Busu akan berikan duit supaya kami berhenti meregek. Tapi kadang-kadang umpan Busu itu tidak jadi sebab kami nak ikut juga. Terpaksalah Busu bawa kami berdua berjalan di bandar.
Busu seorang yang tidak lokek walaupun beliau hanya seorang operator kilang. Jika Hari Raya, pelbagai jenis kuih raya yang sedap-sedap Busu beli. Oleh kerana sedap, kami sukalah makan sehingga nak habis, tetapi Busu tak pernah marah sedangkan kuih itu juga untuk tetamu yang datang.
Banyak kenangan keluarga kami bersama Busu. Kenangan itu akan saya kenang sampai bila-bila. Allah telah mentakdirkan, Jumaat 8 Mac 2013, Busu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Walaupun sedih kerana saya tidak sempat berada di samping Busu ketika beliau sedang nazak, namun saya sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya untuk segera pulang ke Melaka sehari sebelum Busu meninggal.
Hari itu hari pertama rawatan kimoterapi ke atas Busu yang menghidap kanser usus dan saya sempat berbual dengan Busu semasa di wad. Busu masih boleh tersenyum dan bercakap. Busu tanya bila saya akan pulang semula ke KL. Matanya merenung saya tanpa berkedip. Sebelum minta diri untuk pulang, saya menyalami Busu, mencium tangan dan dahinya. Saya menyangka insyaAllah Busu dapat menghabiskan rawatannya itu dan kembali sihat semula. Seperti tidak percaya..tetapi kami redha dengan apa yang telah Allah tetapkan. Rupanya itulah lambaian dan renungan Busu yang terakhir kepada saya..
Melihat jenazah Busu dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan membuat kami insaf bahawa suatu hari nanti kami juga akan begitu..kubur itu bisa menjadi taman-taman syurga ataupun taman-taman neraka, hanya rahmat Allah yang menjadi penyelamat..
Semoga Busu tenang di alam sana dan ditempatkan di taman-taman syurga tempat idaman setiap mukmin..Semoga emak juga dikuatkan hati dengan kehilangan ini..
Tiada yang milik kita, semuanya milik Allah dan kepadaNya juga kita akan kembali……..
-Cahayahati88-
Wednesday, March 13, 2013
Tuesday, December 25, 2012
Pemberi Kekuatan yang Terbaik
Siapakah orangnya yang (mahu)
memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas)
supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian
rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah : 245)
Tiada kekuatan melainkan kekuatan yang dianugerahkan Allah
Alhamdulillah, segala puji hanya
kepada Allah yang telah memberikan nikmat Iman dan Islam kepada hambaNya, juga
nikmat usia dan kesihatan sehingga kita masih lagi berpeluang menarik
nafas, melihat, mendengar dan merasa apa
yang ada di dunia ini.
Allahlah yang memberikan kekuatan
di saat dunia dan isinya amat melelahkan. Kadangkala terasa mahu menangis
sepuas-puasnya di tempat yang tiada seorangpun dapat melihat kecuali DIA. Namun,
apa yang terjadi adalah dengan izinNya jua. Mungkin, inilah masanya-masanya
untuk meminta dengan penuh harap kepadaNya, semakin merasai dan mengenali erti
sebenar yang Allah itu lebih dekat dari urat nadi.
Yakin, Allah tetap akan berikan
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang cukup dengan yang sedikit dan bersyukur dengan yang banyak. Jadikanlah yang sedikit itu berkat dan yang banyak itu rahmat.
Alhamdulillah, sekarang saya sudahpun berada di akhir semester ke-3 pengajian MSc. Seminggu lagi, candidature defence perlu dihadapi. Alhamdulillah, semoga peluang melakukan oral presentation di international conferens dua minggu lepas dapat banyak membantu dan memberi saya view untuk menghadapi candidature defence nanti. Dalam masa yang sama kelas mengajar mengaji semakin padat.

Alhamdulillah, meminta kekuatan hanya kepada Allah. Dalam penat ada rasa bahagia yang menyelinap ke dalam jiwa. Hati rasa puas bila dapat mencurahkan ilmu. Sungguh, hamba tidak tahu apa-apa melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada hamba. Akhir-akhir ini, seperti mahu menitis air mata dengan peluang dan rezeki yang Allah kurniakan. Siapa menyangka niat yang baik walaupun disimpan bertahun lamanya tetap Allah akan berikan. Pada mulanya saya hanya belajar talaqqi tetapi sungguh ia diluar jangkaan saya bila saya dapat belajar sedikit ilmu tarannum Hijaz dari guru yang sama. Hijaz alunannya menenangkan dan Nahwan alunannya lebih menginsafkan kita. Syukur padaMu ya Allah..
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah : 245).
Adakan masa untuk Allah dan Allah akan memberikan masa kepada kita.
Jagalah Allah dan Allah akan menjaga kita.
Moga Allah sentiasa menjaga hati
ini.
-Cahayahati88-
Monday, September 3, 2012
Terima Kasih Emak!
When no one with me, my mum will always by my side.
Kisahnya begini.
Sebelum Ramadhan yang lalu, saya
telah menempah 2 tiket Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran. Satu
tiket untuk teman serumah saya dan satu tiket lagi untuk saya sendiri. Lagi 2
hari menuju hari seminar, teman saya itu memberitahu bahawa beliau tidak dapat
pergi kerana ada 2 events penting pada hari yang sama.
Bagaimana ni? Seminar dah nak dekat. Orang yang tahu jalannya pula tidak dapat pergi. Saya mengajak teman-teman yang lain, tetapi mereka telah
pun ada aktiviti mereka sendiri walaupun mereka sebenarnya hendak pergi ke
seminar tersebut. Last minute cancellation made me a little bit in trouble.
Ya Allah, dapatkan hambaMu ini untuk dapat
menghadiri kursus itu…permudahkan ya Allah..
Saya menghubungi emak, menceritakan situasi yang
berlaku. Emak dengan senang hatinya bersetuju mahu menemani saya. Secara tak
langsung, dapatlah emak jadi peserta kursus dan dapatlah emak sedikit sebanyak input
untuk diaplikasikan kepada adik bongsu saya. Syukur Alhamdulillah!
Selepas mengajar lewat petang itu, saya segera balik
ke Melaka menaiki bas. Esoknya Ahad awal-awal pagi, saya memandu dari Melaka ke Shah
Alam. Alhamdulillah kami sempat tiba sebelum ceramah
pertama bermula jam 9 pagi. Syukur sangat padaMu Ya Allah kerana menyempatkan
kami hingga akhirnya dapat sampai ke sini.
Seminar tamat lebih kurang jam 3.15 petang. Saya pulang
semula ke Melaka, menghantar emak dan kembali semula ke Kuala Lumpur pagi
esoknya. Dapatlah saya bersama-sama dengan adik-adik sedikit masa lagi.
Mak, terima kasih kerana temankan anak emak ni pergi
seminar. (Oh ya, saya bukan anak emak yang ‘anak emak’ tu ya, saya pun tidak
tahu saya lebih kepada siapa sebab saya anak emak 100% anak ayah 100%)
Saya sangat tertarik dengan doa ini. Saya tidak tahu doa di bawah ini nukilan siapa. Yang pastinya, bukan nukilan saya. Apapun, semoga Allah memberikan pahala kepada insan yang menulis doa secantik ini.
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

Peliharalah mereka sebagaimana
mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu...
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Monday, June 18, 2012
Travelog Paling-paling Istimewa, Paling-paling Bermakna (Part 4)
Labbaikallah humma labbaik, hambaMu datang menyambut
panggilanMu ya Allah.
Catatan saya kali ini adalah catatan
perjalanan umrah saya yang terakhir. Diserang batuk dan selesema, mudah-mudahan
ada rahmat disebaliknya. Jadual mengajar yang padat, peperiksaan akhir Sijil Pengajian Al-Quran yang semakin hampir, kelas Talaqqi Bersanad dan pengajian Master sangat menuntut komitmen dan tenaga. Doakanlah saya ya agar dapat terus istiqamah, terus diberikan kesempatan masa dan tenaga untuk mengajar anak-anak murid saya yang saya kasihi dan memerlukan.
Seterusnya, pada hari Khamis, 10.30 malam waktu
Mekah, kami selamat tiba di Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan dari Mekah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam
dengan menaiki bas. Perjalanan umrah ini sedari dari KLIA sehinggalah sampai di dua
tanah suci, Mekah dan Madinah adalah kembara yang sangat menuntut kesabaran.
Lantaran Allah mencintai dan memberikan pahala terhadap orang-orang
yang sabar dan itulah yang perlu diraih oleh tetamu-tetamuNya. Di dalam surah
Al-Nahl, ayat 96, Allah berfirman:
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami akan membalas
orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang
mereka telah kerjakan.
Di dalam perjalanan, kami bertalbiah , memperbanyakkan
istighfar dan zikrullah. Rasa berdebar, juga rasa tidak sabar untuk melihat
Kaabah yang suci. Ketika hampir sampai ke kota Mekah, kami membaca doa,
Ya Allah, tanah haram ini Tanah HaramMu dan negeri ini
negeriMu dan keamanan ini keamananMu. Maka haramkanlah aku daripada api neraka
dan amankanlah aku di hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.
Alhamdulillah, lebih kurang hampir pukul 2 pagi, kami
selesai melakukan ibadah umrah. Rukun umrah dimulai dengan :
1.
Niat untuk mengerjakan
umrah.
2.
Tawaf sebanyak 7 kali
keliling Kaabah.
3.
Sa’ie dari Sofa ke Marwah,
7 kali pergi dan balik.
4.
Bercukur atau bergunting
rambut di kepala.
5.
dan yang terakhir adalah
tertib.
Saya memerhatikan sekitar Kaabah. Allahu Akbar..! Setiap
saat dan detik bumi ini tidak pernah berhenti dengan pujian-pujian kepada Allah
yang Esa. Disekitar Kaabah tidak akan pernah lekang oleh lautan manusia yang beribadah.
Ada sahaja orang yang bertawaf tidak kira masa, pagi, petang, tengah malam, tengah pagi malah ketika pancaran matahari sedang tengak di atas kepala pun sekitar kaabah tidak putus-putus dengan manusia yang bertawaf. Allahu Akbar..!
Tidak akan hilang sedikitpun daripada kekuasaan Allah jika tiada manusia di dunia ini yang memujiNya, tetapi manusia itulah yang akan rugi serugi-ruginya jika dia tidak memuji Ilahi.
Di Mekah, kami tinggal di Hotel Retaj Al-Hejrah. Ia agak jauh daripada Masjidil Haram, lebih kurang
1 km. Sangat berbeza semasa kami di Madinah. Semasa di Madinah, hotel kami sangatlah dekat, bertentangan sahaja dengan pintu masuk ke Masjid Nabawi. Walaupun begitu, ia cuma perkara kecil sahaja. Sudah selamat sampai ke Mekah pun, kami sangatlah bersyukur. Semoga setiap banyaknya langkah perjalanan kami, kami bermohon agar Allah mengampunkan kami dan menambahkan ketaqwaan kami kepadaNya.
Sekarang, kawasan di sekitar Masjidil Haram sedang mengalami construction yang hebat. Kata mutawif, semua bangunan di sekitar dirobohkan, hanya tinggal dua hotel besar sahaja yang tidak dirobohkan. Masa akan datang nanti, sekitar Masjidil Haram akan dilengkapi dengan infrastruktur yang lebih selesa untuk menampung bilangan jemaah haji yang semakin bertambah dari seluruh pelusuk dunia.
Setelah 7 hari berada di Mekah, tibalah waktunya untuk kami berangkat pulang. Mata saya seperti tidak mahu lepas-lepas memandang Kaabah yang suci. Rasa tenang dan damainya hati dan fikiran tatkala menatap kiblat yang satu itu…
Ya Allah, hambaMu ini akan pulang, bilakah lagi akan dapatku ke sini.. Jemputlah lagi dan rezekikanlah bagiku lagi untuk dapat sampai lagi ke rumahMu yang suci ini. Murahkanlah rezekiku agar dapat ku bawa ayahku dan adik-adiku pula ke sini..
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Rahmah di Jeddah. Jeddah adalah sebuah kota yang sangat membangun dan cantik. Kata mutawif, Masjid Rahmah itu dibina oleh seorang janda yang kaya. Sekarang beliau telah kembali ke rahmatullah. Berbahagialah beliau kerana barangsiapa yang membina masjid di dunia, akan Allah peruntukkan sebuah rumah untuknya di syurga.
Sungguh perjalanan dan ibadah umrah ini adalah suatu pengalaman yang sangat-sangat bermakna bagi saya.
Pulang dengan jiwa dan semangat yang lebih segar untuk menjadi hambaNya yang lebih cemerlang.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberikan kesempatan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya lagi dan lagi. =)
-Cahayahati88-
Saturday, June 16, 2012
Travelog Paling-paling Istimewa, Paling-paling Bermakna (Part 3)
Labbaikallah humma labbaik, hambaMu datang menyambut
panggilanMu ya Allah.
Alhamdulillah, kami selamat tiba di kota suci Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin malam. Kami berada lebih kurang 4 hari di Madinah dan pada hari Khamis kami bertolak ke Mekah pula.
Hati saya sudah tidak sabar-sabar untuk menziarahi makam
Nabi di Raudhah. Terasa sangat ingin bertemu dan berbicara dengan baginda.
Rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah saat pertama kali melangkah masuk ke Masjid Nabawi. Subhanallah, masjid
Nabawi sungguh cantik sekali! Rasa sangat tenang dapat bersolat di dalamnya.
Perkarangan masjid Nabawi sungguh lapang dan luas.
Di Masjid Nabawi, jemaah wanita tidak dibenarkan membawa masuk kamera tetapi sebaliknya bagi jemaah lelaki. Setiap kali kami hendak masuk, pasti beg akan diperiksa oleh pengawal wanita yang menjaga di setiap pintu masuk. Mungkin mereka ada sebab tertentu untuk berbuat demikian. Jadi, untuk mengambil gambar Raudhah, saya meminta bantuan daripada seorang pakcik yang satu rombongan dengan kami.

Selepas solat Subuh, kami menziarahi makam baginda
Rasulullah di Raudhah. Kami dikumpulkan mengikut negara sebelum dibenarkan masuk
ke Raudhah. Jemaah Malaysia biasanya akan masuk ke Raudhah bersama jemaah
Indonesia.
Berhampiran dengan makam Rasulullah terletak juga makam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Saiyidina Umar Al-Khattab r.a.
Berhampiran dengan makam Rasulullah terletak juga makam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Saiyidina Umar Al-Khattab r.a.
Saya tidak banyak pengalaman berada di Madinah apatah
lagi di Mekah. Tetapi masa yang sekejap itu, saya melihat dan memerhatikan
bahawa jemaah Malaysia dan Indonesia lebih berbudi bahasa dan menghormati
jemaah yang lain. Mujur, seorang
ustazah daripada Indonesia itu lantang suaranya memarahi sebilangan jemaah negara lain yang memakai jubah hitam, yang memotong giliran dan melangkah kumpulan kami dengan tidak beradab.
Peluang yang diberikan Allah untuk dapat bersolat di
Raudhah adalah suatu kenangan yang manis sekali. Sungguh rindu diri ini kepada
Rasulullah, rindu sekali untuk bertemu dengan baginda. Seperti mimpi dapat
bersolat sunat hingga selesai di kamar yang mulia itu.
Assalamualaika ya Rasulallah warahmatullahi wabarakatuh.
Kesejahteraan ke atasmu wahai Rasullallah, rahmat Allah dan berkatNya untukmu.
Kesejahteraan ke atasmu wahai nabi Allah. Kesejahteraan ke atasmu wahai sesuci-suci
makhluk Allah. Kesejahteraan ke atasmu wahai kekasih Allah.
Semoga dengan ziarah kami ke makam Rasulullah, kami
berdoa moga kami diberikan syafaat oleh baginda di padang Mahsyar nanti. Hari yang
tidak berguna harta benda dan anak-pinak kecuali hambaNya yang datang menemui
Allah dengan hati yang sejahtera.
Selepas solat dan berdoa, saya menyampaikan kiriman ucapan
salam kepada rasul dari sahabat yang memesan di Malaysia.
Wahai nabiku, aku rindu kepadamu
Akan aku terus jadikan akhlakmu sebagai ikutan
Dan penguat semangatku di dunia ini sehingga aku dapat bertemu denganmu di sana..
| Masjid Nabawi dengan payung yang sudah terbuka |
| Salah satu pintu masuk Masjid Nabawi |
| Perkarangan Masjid Nabawi |
| Kubah Hijau yang memayungi makam Rasulullah s.a.w. |
| Rindu kepada Raudhah |
Travelog Paling-paling Istimewa, Paling-paling Bermakna (Part 2)
Labbaikallah humma labbaik, hambaMu datang menyambut
panggilanMu ya Allah.
Hari ini, saya sambung lagi menulis travelog yang paling-paling isimewa, paling-paling bermakna bagi saya.
Perjalanan umrah kami menuju ke Madinah dahulu, kemudian baru kami ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah. Dari KLIA, kami transit di Jakarta, Dubai, Yaman dan seterusnya ke Jeddah. Di Sana'a,Yaman masa transit kami agak lama lebih kurang 8 jam. Jadi kami tidur di Hotel Musafir yang disediakan oleh pihak airport. Dapatlah kami berjalan melihat keadaan di negara orang.

Selama beberapa jam berada di sana, saya melihat bandar Sana'a,
Yaman. Kaum lelaki di sana tidak kira kecil mahupun
yang sudah tua kebanyakkannya membawa pisau sebagai senjata yang diselitkan di
pinggang mereka.
Sepanjang perjalanan kami menaiki van menuju ke hotel,
keadaan jalan gelap-gelita. Hotel kami
juga bergelap pada malam itu kerana bekalan elektrik terputus. Mujurlah, suhu malam itu sejuk dan kami dapat
bermalam dengan selesa.
Keesokan pagi, selepas bersarapan kami berlepas ke Jeddah
menaiki Yemenia Airways. Kami diturunkan di pintu keluar Terminal Haji, Jeddah.
Selepas pemeriksaan imigresen, kami keluar secara berkumpulan membawa beg
masing-masing menuju ke bas. Mutawif telah sedia menanti ketibaan kami
di Jeddah. Selepas itu, bas bergerak menuju ke Kota Madinah Al-Munawwarah.
-Cahayahati88-
| Keadaan di luar hotel |
| Van yang kami naiki |
| Gembira betul pakcik-pakcik dan makcik-makcik =) |
| Ucapan selamat jalan oleh pihak hotel |
| Pintu luar Hotel Musafir |
| Sana'a International Airport, Yaman |
| Bersedia untuk bertolak ke Jeddah |
Travelog Paling-paling Istimewa, Paling-paling Bermakna (Part 1)
Labbaikallah humma labbaik, hambaMu datang menyambut panggilanMu ya Allah.
Alhamdulillah, hari ini selesai sudah saya mengemas beg-beg pakaian dan bekalan yang dibawa pulang dari umrah. Hati sudah tidak sabar-sabar untuk merakam detik-detik perjalanan umrah ini agar segala kenangan sepanjang berada di sana sentiasa segar dalam hati dan ingatan.
Sekembalinya saya ke Malaysia, saya rasakan perjalanan umrah ini bagaikan suatu mimpi. Manakan tidak, saya tidak pernah menyangka yang saya akan berpeluang menziarahi Baitullah pada usia muda begini, 24 tahun, dalam keadaan saya masih belajar dan belum lagi mempunyai pekerjaan. Dan bagaikan suatu mimpi juga apabila dapat membawa emak bersama. Terasa benar-benar Allah membantu perjalanan umrah ini dan memudahkannya. Subhanallah, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepadaku. Terasa seakan biaya ke arah perjalanan umrah ini begitu mudah dan melimpah sekali.
Ahad, 3 Jun 2012, rombongan kami yang seramai 20 orang bertolak ke Tanah Suci pada pukul 4 petang dengan menaiki penerbangan Yemenia Airways. Ada sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa saya dan keluarga di KLIA. Kejadian yang sedih tetapi kami terima dengan penuh rasa syukur dan saya rasakan apa yang berlaku bagaikan keajaiban dan pertolongan daripada Allah.
Sebenarnya mengikut jadual, penerbangan kami adalah pada pukul 12.30 tengahari. Jadi, kami tiba lebih kurang 3 jam lebih awal dari waktu berlepas sepertimana yang disarankan oleh pihak De Mawardah, Travel Agensi kami. Lebih kurang pada pukul 10 pagi, Aiman mula menunjukkan tanda-tanda dia tidak sihat. Badannya lemah dan kepalanya sakit sehingga ayah terpaksa mendukungnya. Kami gelisah, berdoa agar perkara itu tidak berlaku, tetapi Allah telah mentakdirkan, Aiman diserang sawan lagi pada pagi itu.
Saya dan abang ipar bergegas ke Information Center berhampiran untuk bertanya di mana klinik yang terdekat. Sementara emak dan ayah menguruskan Aiman, kak Long menjaga anaknya yang berumur 8 bulan dan adik-adik pula menjaga bagasi dan menemani nenek yang sudah tidak kuat berjalan.
Kami bukanlah biasa sangat dengan selok-belok di KLIA. Saya berlari di hadapan, bertanya dulu kepada orang di mana arah klinik. Sementara ayah mendukung Aiman di belakang. Terima kasih yang amat kepada abang ipar saya yang banyak menolong ketika situasi itu. Mujur ada abang ipar, beliau pula mengambil alih mendukung Aiman yang sudah tidak sedar daripada tangan ayah.
Setibanya di klinik, Aiman dirawat, dimasukkan ubat dan diberikan bantuan oksigen. Jam pula menunjukkan hampir pukul 12, dan kalau menurut pengalaman sememangnya kami sudah terlewat. Terlintas di fikiran adakah saya akan pergi seorang diri kerana Aiman tidak pernah sakit sebegitu tanpa emak di sisi. Saya menghubungi Encik Munir, petugas yang menguruskan perjalanan umrah kami untuk menanyakan bila waktu check-in kami. Sungguh pertolongan Allah saya rasakan dekat sekali saat Encik Munir memaklumkan bahawa penerbangan kami ditunda kepada pukul 4 petang.
Alhamdulillah, Segala puji bagiMu ya Allah..!
Selepas itu Aiman dihantar ke Hospital Putrajaya menaiki ambulans. Selepas berbincang, ayah ikut naik bersama. Di luar pintu ambulans, saya dan emak menyalami ayah dan mencium pipi ayah untuk kali yang terakhir sebelum kami berangkat ke Tanah Suci. Dalam keadaan seperti itu, air mata saya dan emak sudah tidak dapat ditahan lagi. Namun, kami berasa lega kerana Aiman sudah selamat mendapat bantuan kecemasan.
Saya meminta abang ipar membawa ahli keluarga yang lain ke Hospital Putrajaya. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Tidak perlulah menunggu kami sehingga sampai waktu check-in. Tinggallah saya dan emak di KLIA, menunggu waktu taklimat. Alhamdulillah, perasaan teruja untuk menunaikan umrah sedikit sebanyak membuatkan kami tenang atas kejadian yang berlaku tadi. Tambahan pula, penerbangan kami yang ditunda bagaikan suatu keajaiban dan pertolongan Allah yang sangat terasa.
Benarlah, perjalanan umrah ini adalah jemputan dan panggilan dari Ilahi dan Dialah juga yang berkuasa membuka dan memudahkan jalan kepada hati-hati yang dipilihNya. Bersyukurlah selalu, sentiasa..Terima kasih ya Allah..

Subscribe to:
Posts (Atom)